Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP DAN PL PERKUKUH SEKTOR PELANCONGAN LABUAN

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan merasmikan Program Penyediaan Pelan Strategik Pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Pengarah JWP menyatakan sektor pelancongan merupakan antara salah satu pembangunan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan. Selain berperanan menjana pendapatan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, sektor ini turut menyumbang kepada pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, industri perkhidmatan serta meningkatkan imej Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang unik dan berdaya saing.

Labuan mempunyai pelbagai kelebihan yang tidak dimiliki oleh destinasi lain. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Borneo, status sebagai Pulau Bebas Cukai, keunikan warisan sejarah dan budaya, kekayaan sumber marin, kepelbagaian pulau-pulau yang indah serta pengiktirafan Labuan Geopark sebagai Geopark Kebangsaan merupakan aset yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Sejurus sahaja majlis perasmian, YBhg. Datuk Ketua Pengarah JWP turut mendengar pembentangan daripada 7 kumpulan yang ditubuhkan berdasarkan sektor dan kepakaran masing-masing dan hasil daripada bengkel ini, satu pelan strategik akan dirangka untuk pembangunan sektor pelancongan di WP Labuan. 

Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan Antarabangsa, JWP, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian PL.