Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SIMPOSIUM REFORMASI PERUNDANGAN HAK KANAK-KANAK

YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah hadir sebagai panel jemputan dalam Simposium Reformasi Perundangan Hak Kanak-Kanak: Akta Kanak-Kanak 2001 dan Amalan Terbaik Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Dalam sesi tersebut, JWP menekankan komitmen berterusan jabatan dalam membangunkan Kuala Lumpur sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak yang inklusif, selamat dan mampan melalui pelbagai inisiatif strategik.

Usaha ini turut diperkukuhkan menerusi kerjasama erat dengan UNICEF serta penglibatan aktif suara kanak-kanak dalam proses perancangan dan pembangunan bandar, selaras dengan prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Turut hadir, pegawai-pegawai JWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL).

Kredit foto : Parlimen Malaysia