Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


DARI KELANTAN KE PUTRAJAYA 📚🏢

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi. ✨
Dari Kelantan ke Putrajaya📚🏢
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) berbesar hati menerima kunjungan warga SMK Long Gafar, Kelantan dalam Program Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengikuti sesi perkongsian bersama YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, yang berkongsi mengenai peranan dan fungsi JWP serta pengalaman beliau dalam menerajui pembangunan Wilayah Persekutuan.
Bukan itu sahaja, para peserta turut dibawa menjelajah sekitar Putrajaya bagi melihat dengan lebih dekat mercu tanda ikonik, landskap bandar yang terancang dan suasana pusat pentadbiran negara.
Semoga lawatan ini menjadi kenangan manis yang sarat dengan ilmu, pengalaman dan inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 🌟