Semangat kebersamaan dan muafakat jelas terpancar dalam Program Kenduri Zulhijjah KESWIP 2026 yang berlangsung hari ini dengan penglibatan aktif warga Jabatan dalam aktiviti rewang dan jamuan.
Lebih bermakna, program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang bersama-sama turun padang menyertai warga Jabatan, mencerminkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi tunjang organisasi.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuh dan semangat gotong-royong ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih erat serta harmoni.