Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP TEROKA POTENSI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMASA LIHAS DEMI PEMERKASAAN INDUSTRI HALAL TEMPATAN

Hari ini, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerima kunjungan hormat daripada sekretariat Langkawi International Halal Showcase (LIHAS) bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama strategik yang berimpak tinggi sempena penganjuran LIHAS 2026.
Sesi kunjungan hormat dan perbincangan ini memfokuskan kepada empat (4) agenda utama:
👥 Penglibatan & Penyertaan Usahawan: Membuka ruang dan peluang keemasan bagi usahawan di bawah naungan JWP untuk menyertai serta mempamerkan produk halal mereka di platform LIHAS 2026.
📢 Promosi Dasar & Inisiatif JWP: Mengetengahkan serta mempromosikan inisiatif keusahawanan dan dasar-dasar di bawah JWP sepanjang penganjuran showcase antarabangsa ini.
🌐 Sokongan Hebahan Komprehensif: Mewujudkan kerjasama strategik dalam aspek penyebaran maklumat dan hebahan promosi kepada usahawan naungan serta rakan-rakan strategik JWP.
🎙️ Program Khas Usahasama: Menerajui program-program perkongsian ilmu yang diterajui oleh JWP menerusi sesi pocket talk dan forum industri yang interaktif sepanjang acara berlangsung.
Melalui sinergi ini, JWP komited untuk terus memandu usahawan tempatan, khususnya di Wilayah Persekutuan, bagi menembusi pasaran halal yang lebih luas serta kompetitif di peringkat global.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi sekretariat LIHAS atas perkongsian idea, visi, dan kesediaan untuk berkolaborasi dengan pihak JWP.