Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN KERJA RASMI YB DATUK LO SU FUI KE IBU PEJABAT KONTINJEN POLIS KUALA LUMPUR

YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), hari ini telah mengadakan kunjungan rasmi ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur. Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh YDh. CP Dato’ Fadil bin Hj Marsus (atau lebih dikenali sebagai Dato’ Blade), Ketua Polis Kuala Lumpur, bertempat di pejabat beliau di sini. Turut sama menyambut kehadiran YB. Timbalan Menteri ialah barisan pegawai kanan dan anggota IPK Kuala Lumpur.
Pertemuan dua hala ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan IPK Kuala Lumpur, khususnya dalam usaha berterusan Kerajaan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam di ibu negara. Sepanjang sesi lawatan tersebut, YB Datuk Lo Su Fui telah diberikan taklimat komprehensif mengenai struktur organisasi, cabaran keselamatan semasa, serta pelbagai inisiatif berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan PDRM Kuala Lumpur.
Susulan taklimat itu, beliau menzahirkan komitmen penuh Jabatan Wilayah Persekutuan untuk terus menyokong usaha murni IPK Kuala Lumpur bagi memastikan agensi ini kekal sebagai antara kontinjen berprestasi tertinggi di Malaysia. Melalui jaringan kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak berharap dapat memastikan Kuala Lumpur terus kekal sebagai sebuah bandar raya yang selamat, aman, dan sejahtera untuk seluruh warganya.
Pihak Jabatan Wilayah Persekutuan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDh. CP Dato’ Fadil bin Hj Marsus serta seluruh warga IPK Kuala Lumpur atas jasa, komitmen, dan khidmat bakti yang dicurahkan. Semoga hubungan strategik ini akan terus dikekalkan demi masa depan negara dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.