Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


DBKL ANJUR TOWNHALL BERSAMA KOMUNITI PELARI DAN PENGANJUR ACARA LARIAN

DBKL terus memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang aktif, sihat dan mesra rekreasi melalui penganjuran Sesi Townhall bersama komuniti pelari dan penganjur acara larian.
Sesi yang disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) ini turut dihadiri oleh Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta YBhg. Datuk Stuart Ramalingam, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
Program ini menjadi platform untuk mendapatkan pandangan serta cadangan berkaitan pembangunan ekosistem aktiviti larian dan rekreasi di ibu negara, termasuk aspek keselamatan laluan larian, kemudahan awam, penganjuran acara larian serta penambahbaikan infrastruktur yang menyokong gaya hidup sihat dan aktif.
Usaha ini selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang lebih sihat, selamat, inklusif dan berdaya huni untuk semua.