YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), telah mengetuai lawatan kerja ke beberapa tapak aset pembersihan di bawah Projek River of Life (ROL) bagi meninjau keadaan fizikal aset serta mengenal pasti isu-isu semasa yang dihadapi oleh agensi pengguna dalam aspek operasi dan penyelenggaraan.
Lawatan ini melibatkan beberapa lokasi utama iaitu Sullage Water Treatment Plant (SWTP) di St. Mary Cathedral, Communal Grease Trap (CGT) di UTC Sentul, Water Waste Treatment Plant (WWTP) di Pasar Sentul, River Water Treatment Plant (RWTP), Gross Pollutant Trap (GPT) dan Log Boom di Sungai Belangkong, Kampung Bandar Dalam serta Leachate Treatment Pump System di Taman Beringin.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai daripada JWP, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan aset-aset Projek River of Life sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi secara optimum dan terus menyumbang kepada usaha pemuliharaan sungai serta kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.