Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN PENANDAARASAN RIVER OF LIFE KE SUNGAI MELAKA ✨

YBrs. Puan Farah Adura, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengetuai sesi lawatan penandaarasan Projek River of Life (RoL) ke Sungai Melaka bersama Bahagian Pembangunan, JWP.

Lawatan yang turut disertai wakil daripada DBKL dan JPS ini diadakan bagi meneliti model pengaktifan kawasan sungai yang berjaya dilaksanakan di Sungai Melaka serta melihat potensi pelaksanaan konsep sama di kawasan River of Life, Kuala Lumpur.

Sesi ini membincangkan pelbagai cadangan aktiviti interaktif seperti street art, jualan kraf dan persembahan jalanan bagi mewujudkan suasana kawasan sungai yang lebih hidup dan mesra pengunjung. Aspek infrastruktur seperti pencahayaan, kebersihan, keselamatan dan fasiliti sokongan turut diberi perhatian.

Semoga dengan adanya lawatan penandaarasan ini, usaha memperkasa River of Life di WP Kuala Lumpur dapat direalisasikan dengan lebih menyeluruh serta mampu menjadikan kawasan sungai sebagai destinasi rekreasi dan tarikan komuniti yang lebih berdaya hidup pada masa akan datang.