Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP DAN PL SEGERA HULUR BANTUAN BUAT MANGSA RIBUT KAMPUNG TANJUNG ARU DI WP LABUAN 🤝🏠

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan telah menyampaikan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas bagi meringankan beban serta membantu proses pemulihan awal kediaman mangsa.

Kejadian ribut kuat yang melanda Kampung Tanjung Aru, Labuan pada 12 Mei 2026 telah menyebabkan 43 buah kediaman terjejas dengan kerosakan melibatkan bahagian bumbung, siling serta harta benda rumah. Susulan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menyalurkan bantuan kewangan segera sebanyak RM3,000 kepada setiap keluarga terlibat, manakala Perbadanan Labuan (PL) turut menyalurkan bantuan tambahan antara RM1,000 hingga RM3,000 mengikut tahap kerosakan yang dialami mangsa.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga terjejas serta membantu urusan pemulihan kediaman mereka berjalan lancar. Diharapkan juga agar semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi situasi ini. Prihatin terhadap kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara.