YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), mengetuai delegasi daripada Bahagian Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam sesi kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara di Pejabat Ketua Audit Negara.
Sesi kunjungan hormat yang diadakan bertujuan membincangkan perkara berkaitan Pengauditan Projek River of Life (RoL), khususnya berhubung pengemaskinian maklum balas bagi isu-isu dalam AGDashboard.
Hasil perbincangan telah memberikan kesan yang positif ke arah memperkukuh penyelarasan, kerjasama strategik serta komitmen jabatan dalam memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.