Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


DBKL PERMUDAH PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan inisiatif baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung pembaharuan lesen perniagaan sehingga maksimum tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi memperkukuh ekosistem perniagaan yang lebih mesra pelanggan, efisien dan progresif selain membantu komuniti perniagaan merancang operasi dan kewangan dengan lebih baik untuk jangka sederhana dan panjang.

Melalui pelaksanaan ini, tempoh sah laku lesen perniagaan berstatus lulus tetap boleh dipanjangkan daripada satu tahun kepada dua atau tiga tahun tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk tiada kompaun atau tunggakan bayaran sewa dengan DBKL.

DBKL turut menawarkan potongan kadar fi lesen sebanyak 5% bagi pembaharuan dua tahun dan 10% untuk pembaharuan tiga tahun yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 95,000 pelesen di Kuala Lumpur.

Turut hadir YB Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu serta pengarah-pengarah kanan JWP dan DBKL.