PEMBUKAAN SEMULA PEJABAT POS BESAR LAMA KUALA LUMPUR
24 Mei 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur menghadiri lawatan sempena pembukaan semula Pejabat Pos Besar Lama di Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Inisiatif Warisan KL ini bertujuan memelihara bangunan warisan serta menghidupkan semula identiti ibu kota sebagai ruang awam berteraskan budaya, sejarah dan komuniti.

