Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN KERJA PROJEK RIVER OF LIFE (RoL) 🌊🏙️

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengadakan lawatan kerja ke Projek River of Life (RoL). Lawatan bersama YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur itu melibatkan tinjauan di sepanjang jajaran sungai RoL meliputi kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad, Presint 7 (Masjid Jamek) dan Pasar Seni bagi melihat status terkini pakej pengindahan yang telah siap dilaksanakan.

Lawatan ini bertujuan menilai aspek penyelenggaraan, keselamatan, pencahayaan, kebersihan dan keselesaan orang awam agar kawasan RoL terus menjadi ruang awam yang selamat, menarik dan bermanfaat kepada warga kota serta pelawat.