YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan waktu operasi beberapa padang awam dan taman awam di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan kini dibuka lebih awal bermula jam 5.30 pagi.
Langkah ini memberi lebih peluang kepada warga kota untuk beriadah, bersenam dan menikmati ruang hijau dalam suasana yang lebih selesa dan kurang sesak.
Malah, Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa turut dilanjutkan operasi sehingga jam 12 malam pada setiap Jumaat dan Sabtu.
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sekadar wilayah yang bergerak pantas, tetapi juga ruang untuk rakyat hidup lebih sihat, seimbang dan berkualiti.
Turut hadir, YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya serta pegawai kanan DBKL.