Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


🟢 MISI KAD HIJAU DITERUSKAN! 🟢

YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) mengetuai lawatan ke Lenggong UNESCO Global Geopark bersama Pasukan Petugas Khas Labuan Geopark dan Perbadanan Labuan bagi menjayakan Program Penandaarasan & Jaringan Geopark Kebangsaan.

Melalui program ini, pegawai dan kakitangan terlibat berpeluang untuk:

✅ Menimba ilmu pengurusan geopark bertaraf UNESCO.

✅ Memperkukuh jaringan kerjasama antara pengurus Geopark di Malaysia; dan

✅ Perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan untuk penambahbaikan Labuan Geopark secara keseluruhan.

Sesi ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Labuan dan Yayasan Sukarelawan Siswa.

Misi lawatan ini adalah untuk memastikan Labuan Geopark terus cemerlang dan bersedia sepenuhnya menghadapi penilaian semula pada tahun ini demi mengekalkan status sebagai salah sebuah Geopark Kebangsaan.