Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LISC 2026 JADI PENTAS MENGANGKAT KEAGUNGAN SENI SILAT

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, bersama YB Dato Indera Dr Haji Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan hadir ke Majlis Perasmian Kejohanan Silat Pantai Sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026.

Kejohanan ini melibatkan 800 atlet daripada 41 pasukan mewakili negeri serta penyertaan antarabangsa seperti Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina. Penganjuran kejohanan ini bertujuan memartabatkan seni silat sebagai warisan budaya bangsa, mencungkil bakat baharu serta memperkukuh hubungan persahabatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Turut hadir YBrs. Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Encik Mohd Khairul bin Haji Abdul Ghani, Yang Dipertua PESAKA Labuan, YBrs. Puan Bibi Aisah binti Golbal Shah, Setiausaha Agung PESAKA Malaysia, YBrs. Tuan Haji Awang Masri bin Haji Kefli, Timbalan Yang Dipertua PSS PESAKA Sabah serta Haji Abd Rajak bin Haji Md Dali, Pemangku Yang Dipertua Persekutuan Pencak Silat Brunei Darussalam dan ketua agensi serta pegawai kanan JWP dan PL.