Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKASA INFRASTRUKTUR WP LABUAN DEMI KUALITI HIDUP RAKYAT.

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, turun padang ke tapak Projek Pembangunan Kerajaan (Perbadanan Labuan) di WP Labuan serta Terminal Menumbok, Sabah bagi meninjau perkembangan semasa dan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.
Lawatan ini melibatkan pembinaan jalan simen di Jalan Arsat, Kampung Batu Arang bagi menambah baik kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan penduduk setempat, serta cadangan pembinaan jalan baharu di Jalan Kg. Tg. Aru Nelayan yang menghubungkan ke Gerai Ambuyat bagi menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesalinghubungan komuniti.
Semoga inisiatif ini terus memberi impak positif dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur serta meningkatkan kualiti hidup rakyat di WP Labuan secara berterusan.