Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MALAM PENUH KEMERIAHAN: MOONLIGHT FUN WALK GEGARKAN #LISC2026

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan YBrs. Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan menyempurnakan pelepasan peserta LISC Moonlight Fun Walk 2026, sekali gus menghidupkan suasana malam yang penuh semangat dan keterujaan.

Kemuncak kemeriahan diteruskan dengan cabutan bertuah yang mencuri tumpuan pengunjung, sekali gus menambah keterujaan serta memeriahkan lagi suasana #LISC2026 Moonlight Fun Walk.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan,  YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan bersama pegawai kanan Perbadanan Labuan.

Semoga penganjuran program seperti ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengangkat WP Labuan sebagai destinasi pelancongan sukan yang berdaya saing.