Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


FLAG OFF 🚩 LABUAN CROSS CHANNEL SWIMMING CHALLENGE

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara Labuan Cross Channel Swimming Challenge sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026.

Acara ini menampilkan kategori 2.7KM dan 5.4KM dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000, sekali gus menyemarakkan kemeriahan serta prestij penganjuran Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama pegawai kanan Perbadanan Labuan.