RESOLUSI & PASCA PROGRAM TURUN PADANG 2026: KE ARAH MENOKTAHKAN KEMISKINAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN
16 April 2026
Program ini merupakan inisiatif berfokus yang digerakkan bagi menoktahkan kemiskinan secara berperingkat melalui pendekatan menyeluruh dan bersepadu, dengan penglibatan pelbagai jabatan serta agensi, antaranya Perbadanan Putrajaya (PPj), Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Hasil sinergi strategik dan kerjasama erat antara jabatan dan agensi, pencapaian yang amat memberangsangkan telah direkodkan apabila 10 daripada 13 Ketua Isi Rumah (KIR) berjaya keluar daripada status kemiskinan.
Pendekatan ini membolehkan penyelarasan bantuan dilaksanakan secara lebih holistik, tepat sasaran dan responsif, sekali gus memperkukuh daya tahan ekonomi isi rumah ke arah kelangsungan hidup yang lebih mampan.
Usaha ini akan terus diperkasa bagi memastikan matlamat menoktahkan kemiskinan dalam masa terdekat, khususnya di Putrajaya, dapat direalisasikan sepenuhnya, seterusnya menjadi penanda aras dan contoh terbaik kepada lokaliti lain dalam usaha membasmi kemiskinan secara lestari.