YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama-sama YB Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menghadiri taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berkenaan kesiapsiagaan empangan dalam menghadapi risiko banjir di Kuala Lumpur.
Perbincangan memberi fokus kepada penilaian kapasiti infrastruktur sedia ada termasuk kolam takungan serta tahap keupayaan bandar dalam menampung aliran air ketika hujan lebat. Usaha ini penting bagi mengenal pasti kelemahan serta memperkukuh sistem mitigasi banjir secara menyeluruh.
Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Kerajaan komited untuk bertindak lebih proaktif, bukan sekadar responsif, dalam memastikan keselamatan bandar dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.