LAWATAN TAPAK KE TAMAN PERSEKUTUAN BUKIT KIARA PERKUKUH USAHA PEMELIHARAAN BIODIVERSITI.
10 April 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan tapak ke Taman Persekutuan Bukit Kiara bersama Friends of Bukit Kiara.
Lawatan ini memberi fokus kepada kepentingan taman tersebut sebagai taman persekutuan pertama di Malaysia yang kaya dengan biodiversiti, termasuk menjadi habitat kepada sembilan spesies kelip-kelip serta pelbagai hidupan liar lain yang jarang ditemui di kawasan bandar.
Pada masa sama, penekanan turut diberikan terhadap keperluan mewujudkan zon penampan (buffer zone) bagi memastikan kelestarian ekologi, melindungi habitat semula jadi serta mengekang tekanan pembangunan yang semakin menghampiri kawasan berkenaan.