KELAS BAHASA ANTARABANGSA SERENDAH RM20 UNTUK WARGA WP PUTRAJAYA
06 April 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mengumumkan pelaksanaan Program Kelas Bahasa Antarabangsa dengan kadar bayaran serendah RM20 bagi setiap kohort, khusus untuk warga Putrajaya.
Inisiatif oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) ini bertujuan melahirkan generasi muda yang berdaya saing melalui penguasaan pelbagai bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris, Arab, Mandarin dan Korea.
Program ini turut mendapat sokongan sektor swasta apabila Carsome tampil sebagai rakan strategik dengan sumbangan sebanyak RM40,000. Selain itu, melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), sebanyak 100 kotak minyak masak telah diagihkan kepada golongan asnaf dan B40 di Putrajaya.
Semoga inisiatif ini dapat memperluas akses kepada pembelajaran berkualiti serta melahirkan generasi muda Putrajaya yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat global.
Turut hadir semasa pengumuman tersebut ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden PPj; YBrs. Tuan Haji Nik Shukri Nik Soh, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar PPj; serta wakil Carsome iaitu YBrs. Encik Eric Cheng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, dan YBrs. Encik JT, Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy.