Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SEMARAK RAMADAN: MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT JWP

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, hadir memeriahkan Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga Jabatan Wilayah Persekutuan.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta tadarus diikuti taklimat pelaksanaan sebelum diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan tahlil. Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada anggota RELA dan petugas kebersihan sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap golongan terlibat. Majlis turut diserikan dengan Ceramah Ramadan bertajuk Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Lukmanul Hakim bin Haji Mokhtar dari JAKIM, sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta dan warga JWP. 

Turut hadir YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato’ Mohd Zulkifli Hashim, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Wilayah Persekutuan (KESWIP). 

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Ramadan, malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Jabatan Wilayah Persekutuan serta komuniti setempat. Semoga usaha murni ini terus memperkukuh nilai keagamaan dan kebersamaan dalam masyarakat.