Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


RINGANKAN BEBAN PENIAGA KECIL: SEWA TAPAK SELIAAN DBKL DI KUALA LUMPUR DIPOTONG 50%

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan potongan kadar sewa sebanyak 50% bagi tapak penjaja dan premis perniagaan kecil di bawah seliaan DBKL di Kuala Lumpur.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja dan peniaga kecil dalam menghadapi tekanan kos sara hidup serta peningkatan kos operasi.
Potongan sewa ini akan berkuat kuasa dari 1 April 2026 hingga 31 Disember 2027, dengan kadar sewaan minimum RM50 sebulan bagi memastikan akses yang berpatutan kepada peniaga kecil.
Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang inklusif dan prihatin terhadap kebajikan warga kota.
Turut hadir ialah YABhg. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.