Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) berhasrat untuk memperkenalkan program diskaun sajian makanan yang dikhususkan bagi golongan warga emas.
Cadangan inisiatif ini merupakan sebuah kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan dan pengusaha premis makanan di sekitar Wilayah Persekutuan.
Matlamat utamanya adalah untuk membolehkan golongan warga emas menikmati makanan pada kos yang lebih rendah sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Justeru itu, pengusaha makanan yang berminat untuk turut serta dalam program ini bolehlah membuat pendaftaran melalui pautan yang telah disediakan.