YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana (Wilayah Persekutuan) merasmikan projek infrastruktur baru di Semenyih termasuk pembinaan Jalan Pintasan Semenyih ke SILK. Projek sepanjang 4.3 kilometer ini hasil kerjasama antara KHK Land dan Kerajaan Persekutuan.
Jalan pintasan ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan di kawasan setempat, memendekkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan komuniti. Ia juga memudahkan akses ke destinasi pelancongan dan tempat rekreasi di sekitar Semenyih.
Projek ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang cekap, mesra rakyat dan mampan buat para penduduk di Semenyih.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PP) JWP serta pegawai-pegawai kanan JWP.