Telah berlangsung Perhimpunan Pagi Mingguan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi di bawahnya pada pagi tadi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara, diikuti dengan perkongsian maklumat semasa jabatan.
Perhimpunan ini menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan, integriti dan komitmen warga jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan Wilayah Persekutuan.