YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah turun padang menghadiri Karnival Rakyat Kampung Angkat MADANI di Kampung Jerantut Feri sebentar tadi.
Program Karnival Rakyat ini dilaksanakan oleh JWP dengan kerjasama pihak JPKK Kampung Jerantut Feri.
Ia merupakan salah satu program bukan fizikal yang dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk, memupuk semangat perpaduan dan menyemarakkan nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Melalui program ini, pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan seperti perlawanan bola sepak yang melibatkan 10 pasukan, bola jaring 6 pasukan dan khidmat komuniti bagi penukaran minyak hitam motosikal secara percuma dengan kerjasama 6 orang pelajar Institut Kemahiran Tinggi TVET Jerantut kepada 200 unit motosikal.