Bersempena Urban Transformation Summit 2025 di San Francisco, Wilayah Persekutuan menyertai sesi meja bulat bersama pemimpin bandar dan rakan industri — termasuk Global Tourism and Destinations International, Sustainable Tourism Management, Barcelona City Council dan San Francisco Arts Commission — dalam sesi “Can Tourism Preserve Local Culture?” di bawah Davos Baukultur Alliance.
Mewakili Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, berkongsi pendekatan Malaysia melalui inisiatif RE_NEW dan juga Warisan KL dalam memberi nafas baharu di samping menghidupkan semula bangunan lama menjadi pusat budaya yang berdaya huni dan "vibrant" di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Turut hadir, YBhg. Dato’ TPr Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.