Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


DARI LABUAN KE PUTRAJAYA 💐

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), berkesempatan meluangkan masa bersama Persatuan Penggiat Media Labuan dan AJK Kelab Media Putrajaya malam ini ✨ YB Menteri menzahirkan penghargaan kepada para media di Wilayah Persekutuan atas peranan penting mereka dalam menyampaikan naratif positif kepada rakyat. Dalam ucapannya, YB Menteri turut menggalakkan para media untuk bersama-sama mengeluarkan info mengenai Borneo Arts Festival 2025 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 November 2025 di WP Labuan 🎭🌴 Pertemuan ini menjadi wadah dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama strategik antara Wilayah Persekutuan dan rakan media. Ini supaya penyampaian maklumat kepada orang ramai akan lebih berkesan dan menyeluruh. Turut hadir, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP.