YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan satu Mesyuarat Penyelarasan Pra Persediaan Pengurusan Bencana menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober 2025 🇲🇾
Antara perkara utama yang dibincangkan:
✅ Keselamatan & Logistik:
Kementerian Luar Negeri bersama PDRM dan JBPM mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan para delegasi serta kelancaran acara melalui penyelarasan penugasan anggota, pelan tindak balas kecemasan dan penempatan aset sokongan di lokasi strategik.
✅ Pemantauan Cuaca & Risiko:
DBKL, APM dan JPBD akan melaksanakan pemantauan berterusan di kawasan berisiko banjir serta lokasi yang pernah berlaku insiden pokok tumbang, manakala MET Malaysia akan menyalurkan maklumat ramalan cuaca secara berkala bagi tujuan amaran awal.
Komitmen bersama ini mencerminkan kesungguhan Wilayah Persekutuan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan para pemimpin dunia sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.