Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PERTANIAN BANDAR MELESTARIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan yang telah diadakan di Hotel Chorus, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini diadakan untuk melihat status semasa pelaksanaan Program Pertanian Bandar di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2025 sekaligus membincangkan hala tuju Pertanian Bandar di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026. Turut hadir, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang terlibat di bawah Program Pertanian Bandar. Rakan strategik dari agensi seperti Jabatan Lanskap Negara, PlanMalaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Pertanian Malaysia turut hadir untuk berkongsi ilmu berkenaan dasar dan pelaksanaan Pertanian Bandar.