Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TINJAUAN PROJEK DIBAWAH SELIAAN PKB

YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak, TKSU (Kewangan dan Pembangunan) JPM dan YBrs. Dr. Khairul Nizam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah meninjau dua lokasi bagi memantau prestasi dan kemajuan fizikal pembinaan di tapak pagi ini.

Lokasi pertama di Projek Dataran dan Kemudahan Tempat Letak Kereta Kg Pindah, prestasi kemajuan fizikal di tapak adalah sebanyak 55% dengan pencapaian 8% kemajuan setiap hari.

Lokasi kedua di Pusat Komuniti Kampong Bharu, projek ini telah bermula pada 18 Ogos 2025 dan akan siap pada 22 Disember 2025.