Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PEMERKASAAN USAHAWAN MAKANAN MELALUI SESI LIBAT URUS DAPUR DIGITAL DI PPR HILIRAN AMPANG

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan kerjasama Pepper Labs dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), telah mengadakan satu sesi libat urus bertempat di Dapur Digital, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.
Sesi ini bertujuan memberi pencerahan serta panduan kepada pengusaha makanan di kalangan komuniti setempat berkenaan aspek kebersihan, keselamatan dan kualiti dalam penyediaan makanan, khususnya bagi penghasilan makanan yang dijalankan di rumah.
Antara fokus utama sesi ini ialah penerangan berkenaan proses pensijilan yang relevan dan boleh dimohon oleh para peserta, iaitu Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food), yang dapat membantu dalam meningkatkan tahap pematuhan kepada standard keselamatan makanan.
Melalui pendedahan ini, para peserta diharap dapat mempertingkatkan kualiti penyediaan makanan seiring dengan keperluan peraturan semasa, seterusnya membuka peluang ke arah pengiktirafan rasmi dan pengembangan pasaran lebih meluas.
Inisiatif ini juga dilihat sebagai satu langkah strategik dalam membantu menjana pendapatan isi rumah serta memperkukuh daya tahan ekonomi komuniti setempat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI iaitu peningkatan darjat hidup rakyat di Wilayah Persekutuan.