YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan YBhg. Dato’ Seri TPr.(Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengunjungi reruai Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF). Reruai PKB yang bermula 12 hingga 15 Ogos 2025 bertujuan untuk mempromosikan Kampong Bharu dari aspek inisiatif pembaharuan semula, inisitif hijau dan rendah karbon serta promosi budaya warisan serta destinasi pelancongan di Kampong Bharu.