Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PEMBANGUNAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN PERLU BERPAKSIKAN NILAI MADANI

Majlis Pecah Tanah Residensi Aman MADANI telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Bandar Sri Permaisuri.

Keperluan terhadap perumahan yang mampu dimiliki tidak tertumpu hanya soal harga semata-mata, sebaliknya adalah untuk membetulkan ketidakseimbangan spatial yang telah lama wujud. Terlalu ramai warga pekerja seperti penjawat awam, juruteknik, jururawat dan peniaga kecil terpaksa tinggal jauh dari pusat bandar dan menghabiskan masa berjam-jam di atas jalan raya setiap hari. Keadaan ini menjejaskan bukan sahaja kos sara hidup, tetapi juga kesejahteraan keluarga dan produktiviti negara.

Residensi mampu milik adalah antara pendekatan tuntas untuk menangani isu ini. Namun ia tidak boleh dilihat secara berasingan, tetapi mesti datang bersama akses kepada pendidikan yang berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh serta perancangan ruang awam yang hidup dan inklusif.

Pengurusan pembangunan bandar di Wilayah Persekutuan perlu digerakkan dengan semangat reformasi dan nilai-nilai MADANI, tidak hanya mendabik dada tentang rekod pencapaian masa lalu.

Semoga projek Residensi Aman MADANI ini menjadi pemula kepada lebih banyak inisiatif perumahan berkualiti tinggi dan mampan di seluruh Wilayah Persekutuan.