Pagi tadi telah berlangsung perhimpunan mingguan warga Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama agensi bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah.
Sesi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lafaz ikrar Rukun Negara serta bacaan doa bagi memberkati permulaan minggu.
Dalam majlis yang sama, satu perkongsian Integriti telah ditayangkan bagi memperkukuh nilai tanggungjawab dan etika dalam kalangan penjawat awam.
Semoga warga JWP dan agensi sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.