Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


WILAYAH PERSEKUTUAN PACU KEPIMPINAN IKLIM

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah merasmikan Majlis Peluncuran Projek Kepimpinan Perubahan Iklim dan Tenaga Hijau 2050 Peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Lestari dan Kebajikan Malaysia.

Program ini menghimpunkan 450 murid tingkatan 4 daripada 30 buah sekolah di Kuala Lumpur, dan merupakan satu inisiatif pendidikan kesedaran iklim yang bertujuan untuk memupuk kefahaman serta keprihatinan dalam kalangan generasi muda terhadap isu perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar.

Selaras dengan visi pembangunan Bandar CHASE yang telah diperkenalkan oleh YB Menteri sebelum ini, iaitu akronim kepada Clean City, Healthy City, Advanced City, Safe City dan Ecofriendly City.

Bandar CHASE merupakan satu satu rangka kerja pembangunan bandar yang mengambil kira realiti semasa, termasuk realiti krisis iklim dan keperluan untuk membina daya tahan iklim secara menyeluruh.

Turut hadir, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan dan Puan Radzita binti Radzi Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah.