Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SESI LIBAT URUS RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (RMK13) OLEH KEMENTERIAN EKONOMI BERSAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Oleh Kementerian Ekonomi Bersama Jabatan Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 17 Julai 2025, jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Menara DBKL, Kuala Lumpur.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan delegasi Kementerian Ekonomi diketuai oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi. SLU ini diadakan susulan daripada pembentangan awal kerangka RMK13 dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang diadakan pada 23 Jun 2025.  

SLU ini menjadi platform penting bagi mendapatkan maklum balas dan memperhalusi hala tuju pembangunan Wilayah Persekutuan selaras dengan strategi nasional yang dimasukkan ke dalam naskah RMK13 yang akan dibentangkan di dalam Parlimen pada 31 Julai 2025 nanti.