Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP DAN HRD CORP JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN

Mesyuarat pertama kerjasama strategik ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Sosio Ekonomi serta delegasi HRD Corp yang diketuai oleh YBrs. Encik Muhamad Hafez bin Kamaruddin, Ketua Bahagian Operasi.

Hasil daripada mesyuarat ini, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) bersetuju memeterai jalinan kerjasama strategik yang menyokong hasrat dan inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dalam usaha memperkukuh pembangunan sosioekonomi rakyat di Wilayah Persekutuan. Kerjasama ini memfokuskan kepada pemberdayaan golongan rentan, miskin, belia dan warga emas menerusi program peningkatan kemahiran dan mobiliti ekonomi, selaras dengan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.

Kerjasama ini berpaksikan tiga kluster utama iaitu dasar dan perkongsian antara agensi, pembangunan serta pemberdayaan komuniti, dan pengembangan ekosistem latihan. Antara inisiatif yang dipersetujui termasuk pelaksanaan roadshow latihan bersama komuniti, program khas belia WP, serta latihan kemahiran teknikal dan profesional seperti padanan pekerjaan, On-the-Job Training (OJT) yang ditawarkan secara percuma oleh HRD Corp, selaras dengan keperluan industri utama di Wilayah Persekutuan.

Sinergi antara JWP dan HRD Corp ini dijangka memperkukuh pelaksanaan inisiatif Upaya@PUJI, sekali gus membuka lebih banyak peluang kebolehpasaran dan peningkatan pendapatan kepada kumpulan sasar. Ia juga menjadi bukti komitmen Jabatan ini untuk membentuk masyarakat yang inklusif, berdaya saing, dan berpendapatan tinggi, khususnya dalam menangani kemiskinan bandar secara holistik dan mampan.