Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KEJAYAAN MEMBANGGAKAN DAPUR DIGITAL WP KUALA LUMPUR

Majlis Town Hall Dapur Digital bertempat di IWK Eco Park, Kampung Pasir, Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Projek Dapur Digital WPKL di lima lokasi iaitu PPR Kerinchi, PPR Kg Limau, PPR Wangsa Sari, PPR Intan Baiduri dan PPR Setapak Jaya telah meraih kejayaan yang sangat membanggakan apabila purata pendapatan yang direkod mencecah RM24 ribu sebulan. Impak positif Projek Dapur Digital terhadap pembasmian kemiskinan, transformasi komuniti dan pembangunan sosioekonomi melalui pemerkasaan ekonomi digital bukan sekadar retorik. Keseluruhan ekosistem berteraskan whole-of-nation approach telah dirangka dan diperkukuh di bawah inisiatif PUJI dengan kerjasama pemimpin tempatan serta komuniti, badan korporat dan rakan-rakan strategik bagi memastikan Projek Dapur Digital mencapai kejayaan yang konsisten dan mampan.
Turut hadir, YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan YBrs. Ir Kuhan Pathy, Pengasas Bersama Pepper Labs Sdn Bhd.