MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TEMPAT LETAK KERETA APARTMENT FASA 4B PRESINT 8 KEPADA PIHAK BPH JPM
13 Jun 2025
YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyaksikan penyerahan Projek Tempat Letak Kereta Bertingkat Apartment Fasa 4B Presint 8 oleh YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya kepada Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM) hari ini.
Projek di bawah seliaan JWP dan PPj itu telah berjaya disiapkan dengan kos kontrak sebanyak RM4.99 juta. Tempat letak kereta bertingkat ini mengandungi 114 lot parking bagi menampung masalah kesesakan, parking bertindih dan ketidakcukupan tempat letak kereta di kawasan berkenaan terutamanya penduduk kuarters.
Selain itu, tempat letak kereta ini dapat mengelakkan kenderaan daripada diletakkan di tepi-tepi jalan yang mengganggu lalu lintas.