KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LPPKN KE JWP
12 Jun 2025
YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) WP Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Zuhrah binti Musa, Pengarah Negeri LPPKN WPKL.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memaklumkan pelaksanaan program-program yang akan dilaksanakan oleh LPPKN WPKL seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Penduduk Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa pelaksanaan program bersama komuniti-komuniti yang lain. JWP sebagai rakan strategik menyambut baik hasrat pelaksanaan ini bagi memastikan kesejahteraan keluarga warga Wilayah Persekutuan sentiasa terpelihara.
Nantikan kolaborasi kami bersama di Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026
