PLATFORM E-DAGANG MEMPERKASA PROJEK DAPUR DIGITAL WILAYAH PERSEKUTUAN
11 Jun 2025
YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Cadangan Pemasaran Melalui Platform Digital bagi Projek Dapur Digital di Wilayah Persekutuan Tahun 2025 yang telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan kerjasama antara Pepper Labs dan penyedia platform e-dagang dalam memperkasa inisiatif Dapur Digital Wilayah Persekutuan, selaras dengan Agenda Pendigitalan Negara dan Dasar Transformasi Digital.
Seiring dengan Agenda Pendigitalan Negara, Dasar Transformasi Digital dan perluasan ekonomi berpacukan digital serta inovasi, JWP sangat menghargai kerjasama yang erat daripada semua penyedia/pengendali syarikat e-dagang atau e-commerce platform untuk membantu Dapur Digital mencapai kejayaan yang lebih besar dan konsisten pada masa depan khususnya dalam memperkasa golongan miskin bandar terutamanya para wanita yang berpotensi dan turut menyumbang menjana pendapatan keluarga.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai kanan JWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta rakan strategik iaitu Pepper Labs Sdn. Bhd., Grab Malaysia, TikTok Malaysia dan Shopee Malaysia.