Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TINJAUAN KE PREMIS CADANGAN BAGI PROJEK DAPUR DIGITAL WP KUALA LUMPUR TAHUN 2025

YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi walkabout ke lokasi cadangan Projek Dapur Digital Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2025 yang bertempat di PPR Taman Mulia dan PPR Raya Permai.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan memantau status semasa kerja-kerja pengubahsuaian serta penambahbaikan ke atas premis dapur digital di lokasi terlibat. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha kolaboratif antara JWP, DBKL, dan Pepper Labs di bawah Upaya@PUJI dalam mentransformasikan premis sedia ada kepada sebuah dapur digital moden yang berperanan sebagai pusat aktiviti komuniti setempat, sekaligus membuka ruang kepada peluang penjanaan ekonomi setempat.
Turut hadir, pegawai-pegawai kanan JWP dan Agensi, Pengerusi KRT Taman Mulia dan Pengerusi KRT Raya Permai serta pihak pelaksana iaitu Pepper Labs.
Projek Dapur Digital Tahun 2025 merupakan kesinambungan daripada kejayaan pembukaan 5 dapur digital di WPKL pada tahun 2024. Bagi tahun 2025, dijangkakan sebanyak 25 lagi dapur digital akan dibuka di seluruh negara dan 10 daripadanya adalah di WPKL.