KERJASAMA RENTAS NEGERI ANTARA WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR
26 Mei 2025
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor dan delegasi di Menara Seri Wilayah.
Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu kepada beberapa perkara terkait kerjasama rentas negeri antara Wilayah Persekutuan dan Selangor, antaranya adalah isu tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih yang telah berlanjutan selama 30 tahun tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas.
Pertemuan ini penting untuk memastikan pembangunan tersebut dilaksanakan secara inklusif dan memanfaatkan kedua-dua pihak secara menang-menang, baik Wilayah Persekutuan mahupun Selangor.