BENGKEL SUMBANG SARAN KERANGKA PENYELARASAN MAKLUMAT PEMBERIAN SUBSIDI DAN PEMURNIAN DATA KEMISKINAN TEGAR BERDASARKAN SISTEM eKASIH DI WILAYAH PERSEKUTUAN
23 Mei 2025
YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan menyempurnakan perasmian bengkel yang telah diadakan pada 21 - 23 Mei 2025 bertempat di Hotel Hyatt Place Paradigm Mall, Johor Bahru.
Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian dan Agensi serta rakan-rakan strategik JWP antaranya Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), DBKL, PPj, PL, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), PERKESO dan Yayasan Wilayah Persekutuan.
Besarlah harapan JWP agar semua pihak berkepentingan memainkan peranan yang konsisten dan signifikan bagi memastikan objektif utama penganjuran bengkel ini dicapai.