Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


NYALAKAN SEMANGAT SEMULA 🔥

YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa untuk meninjau kegiatan dan pengisian Program Pemantapan Kendiri Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal (AKAL) di Gemencheh petang ini.

Menerusi operasi-operasi KL Strike Force bersepadu yang telah dijalankan sebelum ini, seramai 48 orang gelandangan telah diselamatkan untuk menyertai Program Pemantapan Kendiri di AKAL. Selain itu, program bersama NGO juga turut dijalankan pada hari yang sama iaitu program gunting rambut oleh Nimroc Barbershop bermula pada jam 10 pagi sehingga selesai.

Turut hadir, Encik Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah JKM WPKL serta pegawai daripada JKM WPKL dan Encik Mohd Hisham bin Hj Izhar, Pegawai Penguatkuasa DBKL serta pegawai-pegawai DBKL dan pegawai-pegawai Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Semoga para peserta program dapat mengambil segala input yang dipelajari dan bangkit menjalani kehidupan bermasyarakat seperti biasa dan tidak lagi bergelandangan.